Friday, March 4

darah.



KUMPULAN DARAH 'B'.
anda punya tabiat keras dan individualis.
suka terus - terang tanpa memikirkan orang lain.
melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri.
anda juga kreatif, fleksibel dan boleh adaptasi dengan mudah terhadap situasi yang pelbagai.
kelemahan yang anda miliki adalah cenderung terlalu menyendiri, yang mungkin boleh merugikan.

ciri khas golongan darah B.
dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

menu diet yang dianjurkan :
sarapan : bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak.
snek : jus anggur.
makan tengahari : sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba.
snek : jus limau/yogurt dan teh herba.
makan malam : sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba.

KUMPULAN DARAH 'A'.
anda suka keselarasan,, kedamaian dan organisasi.
boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain.
peka,, sabar dan penuh perhatian.
kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.

ciri khas individu jenis darah A.
memiliki sistem pencernaan yang sensitif.
perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging.
dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak.
mengurangkan stres dengan bermeditasi atau berolahraga.
cukup beristirehat.

menu diet yang dianjurkan:
sarapan: air putih dicampur jus limau nipis dan oat.
snek: jus anggur / kopi.
makan tengah hari: salad dan roti gandum satu potong serta teh herba.
snek: kuih beras dua potong dan teh hijau.
makan malam: pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba.

KUMPULAN DARAH 'O'.
universal donor.
ini adalah jenis pemimpin.
saat melihat sesuatu yang diinginkan, mereka akan berusaha mencapainya.
anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh.
kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.
suka bersaing sangat-sangat!

ciri khas golongan darah O.
memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain.
mudah mengadaptasi berbagai makanan.
untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik.
dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran.
berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian.

menu diet yang dianjurkan:
sarapan: dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang.
snek: teh herba.
makan tengahari: sepotong daging panggang, salad bayam dan epal.
snek: sepotong kuih.
makan malam: sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba.

KUMPULAN DARAH 'AB'.
universal recipient.
dingin dan terkawal, teman akan sentiasa menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati.
anda dilahirkan untuk menghibur orang lain secara semulajadi.
kelemahan anda, cenderung moody dan sukar membuat keputusan.
kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

ciri khas individu jenis darah AB.
memiliki sistem pencernaan yang sensitif.
disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan.

menu diet yang dianjurkan:
sarapan: air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju.
snek: yogurt.
makan tengahari: dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba.
snek: kek keju dan teh herba.
makan malam: omelet dan salad buah serta kopi.

5 comments:

Anonymous said...

salam
gud fana!
moga2 impian jd doktor tu berjaya
aisy doakan
gudluck 11A+

lianaLATT. said...

Farhana, kite ade jenis darah yg sama :D B+. Hehe :)

~ farhana selamat ~ said...

yeke liana..? give me 5 laa! sep!
xtw lah btol ke dak psonaliti tuh..
lg2 yg bab kreatif.. hehe..

din said...

haha...
aku darah O,,
mmg ske sgt bab mmimpin ni,,
tp...
aku sombong erk?? haha,,

~ farhana selamat ~ said...

aisy; terima kasih,, doakan..
din; bgus mmimpin! sombong? mungkin? hehe.. :)